Sunday, 23 March 2014

ANDA EGO KERANA ANDA SEORANG DOKTOR PAKAR

Adakah dengan menjadi seorang doktor, anda tahu akan semua perkara berkaitan kesihatan? 

Adakah dengan menjadi seorang doktor, anda DIBOLEHKAN mempunyai ego yang tinggi? 

Adakah dengan menjadi seorang doktor, apabila orang lain yang bukan doktor mencadangkan sesuatu tentang kesihatan boleh tidak diendahkan atau diperlekehkan dengan alasan orang itu tiada kelulusan akademik yang setaraf anda? 

Satu persoalan: anda seorang doktor tiba-tiba anda sakit, adakah anda merawat sendiri diri anda? Jika anda sakit teruk sekalipun anda seorang doktor, sudah tentu doktor lain yang merawat anda. 

Kenapa anda perlu ego akan kehebatan anda seorang doktor sedangkan anda pun dirawat oleh orang lain? 

Salah ke untuk memberi cadangan dan susahkah untuk menerima pandangan orang lain yang tidak mempunyai kelayakkan yang setaraf anda?

Jangan sampai Allah menarik balik akan kehebatan anda menjadi seorang Doktor.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Jika dengan cadangan orang lain merupakan bantuan dari Tuhan, mengapa anda menolak pemberian Tuhan? Anda ego dan sombong atas apa yang anda miliki.

Belum tentu seorang doktor yang pakar dalam bidang sakit puan, tahu tentang vitamin untuk ibu mengandung secara mendalam.

Belum tentu seorang doktor yang pakar dalam pembedahan, tahu tentang vitamin yang sesuai untuk penyembuhan dan hilangkan parut.

Belum tentu seorang doktor yang pakar tentang mata, tahu tentang vitamin yang sesuai untuk mata.

Sebab doktor tersebut hanya pakar dalam bidang masing-masing. 

Doktor mata tak tahu tentang sakit puan secara mendalam. 

Doktor ortopidik belum tentu tahu tentang penyakit mata secara mendalam. 

Baru ada ilmu secebis, mendongak kepala sehingga lupa di mana bumi berpijak.

Seorang kerani, boleh menjadi pakar pemakanan tambahan. Seorang cuci tandas boleh tahu tentang vitamin untuk buah pinggang, jantung dan kanser secara mendalam. Orang kanser boleh menjadi pakar kanser melalui pemakanan tambahan. Mereka tidak perlukan kelayakan akademik yang tinggi untuk tahu semua itu.

Kenapa??

Kerana ilmu itu boleh diperolehi melalui bidang multilevel marketing di dalam industri yang mempunyai ramai pakar dalam bidang kesihatan. Niat kami untuk membantu,tak kira anda pakar, dato, datin atau sesiapa sahaja!! 

Yang pasti, anda ego dan sombong!!


No comments: