Sunday, 16 February 2014

RAHSIA 5M UNTUK BERJAYA DI DALAM AMWAY


Rahsia untuk berjaya di dalam Amway, adakah anda mengetahuinya? Rahsia ini merupakan rahsia terbesar yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya mencapai tahap Diamond di dalam Amway. Mungkin anda pun boleh berjaya di dalam Amway sekiranya anda mengikuti semua langkah yang akan saya kongsikan dalam penulisan kali ini. Yang penting, kemahuan anda untuk berjaya cukup tinggi dan anda bermatlamat untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik.

Apakah rahsia tersebut? Jom kita tengok sama-sama. Saya menekankan konsep 5M untuk berjaya di dalam Amway. Dalam Amway, hanya konsep ini yang boleh membuatkan anda berjaya. Sama ada anda bersetuju atau tidak, cubalah baca apa yang saya coretkan nanti.
Konsep 1: MENGGUNA PRODUK

Mengguna produk merupakan satu elemen yang cukup penting untuk anda memulakan perniagaan Amway anda. Kenapa? Melalui mengguna barang, anda akan mendapat pengalaman dan keyakinan terhadap produk yang ingin anda kongsikan bersama bakal pelanggan dan prospek anda. 

Selalunya, apabila seseorang itu telah menggunakan produk, produk itu sendiri akan bercerita kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, Deodaran. Saya telah menggunakan deodaran dalam tempoh yang cukup lama. Sebelum saya menggunakan deodaran, saya mengalami masalah bau badan yang cukup ketara. Deodaran Amway mampu memberi perlindungan 48 jam, bebas alkohol dan cukup menjimatkan. Ia mampu untuk bertahan sehingga 6 bulan untuk seorang pakai. 

Sebelum ini, jika saya tidak menggunakan deodaran tersebut, saya rasa saya tidak mampu untuk bercerita kepada orang ramai. Tetapi melalui pengalaman menggunakan produk, produk itu sendiri membantu saya bercerita kelebihan dan kebaikkan produk tersebut. Dan ia boleh menghasilkan jualan yang cukup baik.

Konsep 2: MENGESYORKAN

Adakah mengesyorkan produk yang kita telah gunakan itu penting? PENTING!! Selama ini kita hanya mengesyorkan produk atau perkhidmatan orang lain. Apabila anda telah mempunyai perniagaan mampu milik sendiri, mengapa anda tidak mengesyorkan atau berkongsi pengalaman produk yang berkualiti tinggi kepada kawan-kawan anda?

Anda biasa melihat wayang di panggung wayang? Sudah tentu ramai yang biasa pergi. Jika cerita yang ditayangkan menarik, adakah anda akan berkongsi bersama kawan anda? Anda mungkin akan bercerita pengalaman anda menonton wayang tersebut, dan kawan anda tertarik dengan cerita anda. Kawan anda pun meluangkan masa untuk melihat cerita yang anda syorkan kepada mereka. Hasilnya, panggung wayang tersebut akan mendapat keuntungan atas apa yang anda lakukan. Tetapi adakah anda mendapat komisyen untuk anda bercerita kepada kawan anda? TIDAK!!

Begitu juga di dalam Amway. Cuma yang membezakan antara wayang dan Amway, anda memasarkan dan mengesyorkan produk anda sendiri. Anda memiliki satu HYPERMARKET bergerak yang cukup besar. Anda tidak perlukan premis perniagaan mahupun pekerja untuk menjalankan perniagaan anda. Amway telah sediakan semuanya untuk anda. Anda hanya berkongsi pengalaman dengan kekawan anda dan anda akan mendapat untungnya. Menarik bukan?

Konsep 3: MENAJA PROSPEK

Ramai yang tidak suka menaja atau bahasa mudahnya mencari orang. Penting ke untuk mencari orang? Bagi saya, bisnes anda hanya akan berkembang melalui penajaan. Anda cuba bayangkan, jika anda membuka 1 kedai adakah keuntungannya besar? Atau anda mempunyai banyak francais seperti KFC dan McD dan keuntungannya lebih besar? Yang mana yang anda inginkan? Satu perniagaan atau mempunyai francais yang besar? Sudah tentu, saya katakan anda inginkan perniagaan anda berkembang dan mempunyai francais yang besar.

Amway juga merupakan 1 perniagaan francais, iaitu francais orang ke orang. Modal perniagaan jauh lebih murah berbanding KFC atau McD. Anda hanya perlu mecari prospek atau pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli dengan hanya mengguna barang untuk mendapatkan penjimatan, atau menjadi ahli untuk bersama anda membina perniagaan Amway.  

Anda akan mendapat bonus selagi mana orang-orang di dalam organisasi perniagaan anda mengguna barang Amway. Tetapi dengan syarat, mereka menjadi ahli dalam kumpulan anda. Jika mereka tidak menjadi ahli, anda hanya mendapat keuntungan sahaja dan tidak mendapat pendapatan yang pasif seperti Amway katakan.

Konsep 4: MEMBERI KHIDMAT (SERVICING)

Apa yang uniknya di Amway ialah kita memberikan khidmat kita yang terbaik kepada pelanggan kita. Kita akan memberik khidmat nasihat produk apa yang terbaik untuk mereka dan kita akan mengajar mereka menggunakan produk seperti mana kita gunakan. 

Berbanding anda membeli produk di hypermarket yang lain, adakah petugas di situ membantu anda untuk membuat pilihan atau mengajar anda menggunakan barang pilihan anda? Sebagai contoh, anda ingin membeli periuk nasi. Anda memilih periuk nasi yang anda berkenan dan terus membuat bayaran tanpa ada petugas di situ membantu anda untuk membuat pilihan, betul bukan? 

Dalam Amway, jika anda membeli periuk nasi Noxxa, pengedar akan mengajar anda untuk menggunakannya. Mereka akan membantu anda untuk membuat demo sekiranya anda ingin mencari pendapatan tambahan. Pengedar atasan anda akan membantu anda sehabis baik disebabkan anda merupakan aset yang cukup berharga untuk mereka.

Konsep 5: MAJLIS ILMU (MEETING)

Untuk berjaya, anda perlukan guru. Untuk mendapat guru, anda perlu pergi ke sekolah. Anda ingin berjaya tetapi tidak berguru. Guru atau mentor di dalam Amway, adalah pengedar atasan anda. Anda perlu menghadiri majlis ilmu atau meeting sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda belajar mengenai produk. 

Dalam majlis ilmu tersebut, anda akan berjumpa ramai orang yang positif dan mereka bersedia untuk membantu anda walaupun anda dari kumpulan yang berbeza. Di sana, anda akan diajar untuk bercakap, membuat demo dan berkongsi pengalaman anda dalam membina perniagaan Amway. Jangan tinggalkan majlis ilmu. 

Majlis ilmu boleh saya katakan seperti Universiti. Anda ingin mendapat Diploma anda perlu belajar. Maka haruslah anda belajar di Universiti Amway untuk anda mengubah kehidupan anda. Saya percaya, melalui majlis ilmu, anda akan mendapat sesuatu yang cukup berharga.

Jumpa Anda di dalam dunia yang cukup indah!!