Sunday, 16 February 2014

PROTEIN - SEMUA ORANG PERLUKANNYA

Protein terdapat dalam setiap sel dalam tubuh. Blok binaan yang penting untuk tulang, otot, tulang rawan, kulit dan darah, protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh dewasa yang sihat dan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka yang tidak mendapat cukup nutrien makro penting ini akan kurang tenaga, juga otot serta sistem imun mereka lemah.
Untuk membantu memenuhi keperluan protein harian ini, syarikat jualan langsung terkemuka Amway memperkenalkan NUTRILITE All Plant Protein Powder yang membantu menyediakan  keperluan harian anda dengan memberikan lebih kebaikan daripada alam. Tiga campuran soya, gandum dan kacang pis yang unik ini membekalkan kombinasi protein dan asid amino yang betul untuk membuat andarasa sihat lagi bertenaga, tanpa kesan sampingan produk haiwan atau tenusu.
“Sebagai salah satu asas nutrien makro diet seimbang, protein perlu dimakan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan,” kata Gene Maly, Saintis Kanan Penyelidikan NUTRILITE. “Kebanyakan orang menghadapi kesulitan memakan jumlah protein yang disyorkan dalam diet mereka, dan kerana itu menambah sumber protein berkualiti tinggi, seperti NUTRILITE All Plant Protein Powder, membantu memberikan bahan bakar untuk menjana sel-sel, memberikan tenaga kepada tubuh mereka, selain itu juga dapat mengurangkan kolesterol dengan amaun protein yang disyorkan iaitu sebanyak 25 gram sehari.”

Tetapi kebanyakan orang mengaitkan protein dengan daging, ayam-itik, telur dan tenusu. Dalam dunia hari ini, bukan itu yang orang ingin dengar. Ramai orang ingin menggabungkan sebanyak mungkin pilihan berasaskan tumbuhan dalam diet mereka.

Suatu pemerhatian
Kebanyakan asid amino penting yang terdapat dalam Serbuk Protein NUTRILITE yang terdahulu datang daripada tenusu, terutama lembu.
Dalam sejarah NUTRILITE, pemerhatian ke atas diet lembu membawa saat kesedaran bagi pengasasnya, Carl Rehnborg. Sekembalinnya dari China pada awal 1900an, beliau melihat bagaimana lembu paling sihat memakan diet yang terdiri daripada alfalfa dan air – kulitnya lebih berkilat, menghasilkan susu paling banyak, dan pertambahan berat badan paling tinggi. Beliau menyedari bahawa lembu yang hidup sihat memerlukan nutrien penting yang terdapat dalam tumbuhan seperti alfalfa.

Hari ini, saintis NUTRILITE telah membawa pemerhatian Carl Rehnborg selangkah ke hadapan dengan kembali kepada sumber semula jadi, mencipta serbuk protein berasaskan tumbuhan untuk membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan dalam diet manusia bagi mengekalkan kesihatan selular di seluruh tubuh. Idea yang mudah ini telah menghasilkan NUTRILITE All Plant Protein Powder.

Protein menjadikan kita rasa sihat, bertindak sebagai nutrien pembaikan sel, memberikan tenaga dengan menghasilkan hemoglobin – sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, membina otot tanpa lemak, dan menyokong sistem imun dengan menghasilkan antibodi iaitu bahan yang menentang penyakit.


Tetapi protein perlu diganti setiap hari. Keperluan ini menyebabkan ramai individu kurang bekalan dalam tubuh mereka. Tanpa protein yang cukup, tubuh tidak akan berfungsi sebaik yang dimampuinya. Menambah dengan NUTRILITE All Plant Protein Powder adalah cara munasabah untuk mengisi ruang protein yang kosong dalam diet anda. 

Tidak makan secukupnya
Diet yang kaya nutrien penting harus menjadi pilihan pertama untuk memberikan tubuh anda khasiat yang diperlukannya. Tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa ramai orang tidak makan jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan, ini menghalang tubuh mereka memperolehi  blok binaan yang penting untuk kesihatan. Tubuh manusia tidak menghasilkan 9 daripada asid amino penting yang terdapat dalam protein, oleh itu ia perlu diganti setiap hari. Jika tubuh anda memerlukan lebih protein berbanding yang anda dapat daripada diet semata-mata, suplementasi memainkan peranan penting bagi membantu mengisi ruang dietari dengan memenuhi keperluan harian anda.

Artikel Penuh: KLIK DI SINI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: