Monday, 17 February 2014

EXECUTIVE DIAMOND KENNY CHIN


Harapan

Walaupun ketika anda sibuk membina karier, jangan lupa untuk berhenti sejenak dan melihat apa yang anda telah capai. Adakah segalanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan anda? Atau sudah menyimpang dari sasaran hidup anda?
Saya membesar dalam kemiskinan. Ibu bapa saya adalah penoreh getah dan kenangan zaman kanak-kanak saya sebahagian besarnya berkisar pada kehidupan di ladang getah yang sememangnya sukar. Namun, keharmonian dan ketenangan alam semula jadi menceriakan saya. Sememangnya alam menenang dan mententeramkan jiwa saya.
Sejak kecil, saya memasang impian untuk memperoleh pendapatan yang lumayan dan stabil, melancong ke luar negara dan menjalani kehidupan yang selesa dan bebas. Saya berupaya merealisasikan impian saya ini bersama AMWAY. “Harapan itu sentiasa ada di dunia ini dan satu daripadanya adalah AMWAY.”
Keluarga
Rumah adalah tempat berteduh yang penuh dengan kemesraan, emosi yang positif dan momen-momen yang menyentuh perasaan. Saya dibesarkan dalam suasana sedemikian. Walaupun miskin dan tinggal di rumah kayu yang kecil dan cuma beratapkan daun nipah, keluarga saya kaya dengan kasih sayang. Kami berasa dilindungi dan selamat.
AMWAY bukan sekadar membina perniagaan. Malah kami sebenarnya membina keluarga usahawan. Kami membantu satu sama lain dan saling memberi dorongan. Kami berkongsi kegembiraan apabila masing-masing mencapai kejayaan, menjadikan perjalanan kami di AMWAY lebih bermakna.
Ganjaran
Saya menerima banyak ganjaran dari AMWAY atas pencapaian saya. Sebagai contoh, saya menghadiri Seminar Kepimpinan Amway di pelbagai negara dengan rakan niaga saya. Kamibekerja sebagai satu pasukan dan menyokong antara satu sama lain bertahun-tahun lamanya.
Hidup ini singkat. Kita harus menghargai setiap detik kita bersama, berkongsi kegembiraan dan kesedihan, dan menikmati manisnya kejayaan kita.
Dalam era ini, kita tidak boleh hidup tanpa wang. Perniagaan AMWAY saya membolehkan saya memiliki pendapatan yang tinggi dan stabil serta menjalani kehidupan yang seimbang. Berbanding sebelumnya, standard kehidupan saya telah jauh meningkat maju. Saya mampu menanggung keluarga saya dan meluangkan masa bersama mereka, terutamanya ketika musim perayaan. Saya menjalani hidup saya dengan sepuas-puasnya tanpa sebarang kesalan.
Kebebasan
Saya menikmati kebebasan mutlak. Saya mengamalkan gaya hidup yang saya ingini. Saya memilih di mana saya mahu bekerja, bila saya mahu bekerja mengikut rentak dan kebiasaan saya sendiri. Selain merasai kebebasan yang tidak bersempadan, saya berpeluang menyerlahkan potensi saya.

Rasa terima kasih

Terima kasih kepada: Kuasa yang maha tinggi yang membimbing saya. Mendiang ibu bapa saya kerana menyayangi dan membesarkan saya. Keluarga saya atas sokongan mereka selama ini. Pengasas Bersama AMWAY Rich & Jay. Duta Mahkota Chan Koon Tin & Chai Foong. Duta Mahkota Khoo Chong Kok & Chai Choo. Dan, ahli pasukan saya atas galakan dan pertolongan mereka.
Menerima seadanya setiap insan yang saya temui sepanjang perjalanan dan segala yang berlaku dalam hidup saya telah membawa saya ke tahap yang saya capai hari ini. Saya bersyukur kerana mempunyai kesedaran ituIah membimbing saya “untuk keluar dari kegelapan dan menuju cahaya; mengatasi kelemahan dan menjadi insan yang lebih tabah; berhenti berasa rendah diri dan lebih berkeyakinan; memperbaiki sebarang kelemahan dalam hidup saya dan berubah dari seorang yang berasa kekurangan dan menjadi seorang yang lengkap dan sempurna”.
Saya mengambil berat tentang kesejahteraan diri saya dan juga kesejahteraan diri anda. Jumpa anda di puncak jaya!
[Amagram April 2011, Amway Malaysia]

No comments: