Sunday, 16 February 2014

AMWAY - PENGALAMAN SEBAGAI AHLI


Amway. Apabila disebut perkataan Amway, apa yang mula-mula kita terbayang? Mesti sama macam saya dulu-dulu juga. Jangan risau, kita hanyalah manusia biasa. Dan menjadi fitrah semulajadi manusia untuk mengikut apa yang orang lain kata. Sudah tentu kita banyak mendengar sesuatu yang negatif melalui orang lain. 

Apa yang saya bayangkan tentang Amway suatu ketika dulu:
  1. Barang Amway Mahal.
  2. Amway jualan dari rumah ke rumah.
  3. Kena cari orang banyak-banyak.
  4. Say NO To AMWAY.
  5. Buang masa membuat jualan langsung
  6. Dah ramai yang masuk dah. 
  7. Banyak lagilah yang saya bayangkan.
Tapi itu dulu. Jom kita tengok apa Amway sebenarnya dari sudut pandangan mata saya sekarang. Mungkin melalui perkongsian saya dalam penulisan blog ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan untuk anda.
1. BARANGAN AMWAY MENJIMATKAN
  • Bagaimana dikatakan barangan Amway menjimatkan sedangkan ia mahal? Sebagai contoh, Deodaran sahaja berharga RM24.00 sebotol berbanding dengan produk jenama lain yang cuma berharga RM5 - RM8 sebotol. Mudah sahaja. Kita buat perbandingan begini. 
  • Deodaran keluaran Amway memanglah harganya mahal tetapi cara penggunaannya cukup menjimatkan. Kita hanya perlu tenyeh deodaran tersebut hanya 3x pada ketiak. Deodaran Amway ini memberi perlindungan 48 jam setiap kali menggunakannya. Satu deodaran ini pula boleh digunakan sehingga 6 bulan untuk seorang pakai. 
  • Berbanding pula dengan jenama luar. Mungkin murah harganya tetapi ia hanya bertahan untuk sebulan sahaja. Jika harganya RM5 sebagai contoh, kita menggunakan selama 6 bulan, kita perlu berbelanja sebanyak 6x dan kos penggunaan kita adalah sebanyak RM30. Cuba kita tengok balik deodaran Amway dan bandingkan. Bukankah kita telah jimat sebanyak RM6 setiap kali kita pakai? Dan kita dapat guna produk yang berkualiti tinggi dan cukup bagus untuk perlindungan badan kita.
2. AMWAY BUKAN JUALAN RUMAH KE RUMAH
  • Selalu kita katakan jualan langsung adalah jualan dari rumah ke rumah. SALAH!! Amway bukan begitu. Bagi orang Amway, kita hanya mengesyorkan produk yang telah kita gunakan kepada rakan-rakan, saudara-mara, adik beradik kita atau kepada sesiapa yang ingin kita syorkan. Kita berkongsi pengalaman menggunakan produk yang kita telah gunakan. Sebagai contoh, jika kita telah menggunakan deodaran, kita ceritakan kelebihan dan kebaikkan deodaran yang kita gunakan. 
  • Kita boleh bercerita pengalaman sekiranya kita mahu. Jika tak nak bercerita pun tak apa. Tiada paksaan untuk bercerita. Selalunya, apabila kita telah menggunakan produk Amway, produk itu sendiri yang akan bercerita kelebihan dan kebaikkan kepada kita. Kita belajar melalui penggunaan. Sebab itu kuasa menjual yang hebat adalah menceritakan pengalaman mengguna produk itu sendiri.
  • Apabila rakan kita berminat dengan apa yang kita syorkan, sudah tentu mereka pun nak merasa menggunakannya juga. Bila mereka mengambilnya, maka terjadilah transaksi jual beli antara kita dan orang yang kita syorkan. Berlakulah jualan di situ. Adakah perlu kita pergi rumah ke rumah?
3. AMWAY KENA CARI ORANG BANYAK-BANYAK
  • Amway adalah NETWORKING. Ini bermaksud, memang kita perlu mencari seberapa ramai orang untuk menjadi ahli dalam rangkaian organisasi kita. Semakin ramai, semakin kukuh dan semakin banyak duit yang akan kita dapat. Bagaimana? Begini ceritanya. 
  • Anda tahu syarikat 7-Eleven? Apa yang ada di 7-Eleven? Ada ubat gigi, sabun, telur, dan banyak lagi barangan penggunaan harian. Ramai tak yang datang ke 7-Eleven? Sudah tentu ramai. Jom kita buat pengiraan secara kasar. 
  • Telur - secara purata sebiji telur dijual di 7-Eleven harganya RM0.30 dan keuntungan yang dibuat adalah sebanyak RM0.03. Jika 100 biji telur dijual sehari, keuntungan yang dibuat oleh 7-Eleven sebanyak RM3.00 sehari dan untuk sebulan RM90. Banyak ke untungnya RM90 tu? SIKIT sahaja bagi syarikat yang besar seperti 7-Eleven.  TETAPI cuba katakan kepada saya, 7-Eleven ada berapa banyak di Malaysia? Hampir 1000 kedai tau. Dan cuba darabkan RM90 dengan 1000 kedai? RM90,000 keuntungan untuk jualan telur sahaja. Lagi ramai yang menggunakan, lagi banyak keuntungan yang dibuat.
  • Begitu juga di dalam Amway, jika anda mempunyai ramai ahli dalam organisasi anda dan mereka juga menggunakan produk seperti mana contoh yang saya berikan di atas, maka anda akan mendapat pendapatan yang tiada hadnya. Sebab, anda sudah mempunyai organisasi sendiri yang besar, sudah tentu ahli-ahli dibawah anda juga mempunyai organisasi sendiri. Dan selagi organisasi anda menggunakan produk, Amway akan membayar bonus sebagai menghargai usaha anda.
4. SAY NO TO AMWAY
  • Itu dulu. Sekarang YES TO AMWAY. Kenapa? Terlalu banyak sebab. Produk Amway telah banyak membantu saya dalam penjimatan wang ringgit. Saya sekarang sudah menjadi pengguna bijak dan telah bertukar dari seorang Customer kepada seorang Consumer.
  • Amway juga telah memberikan saya pendapatan tambahan setiap bulan dengan hanya mengesyorkan kepada saudara mara dan rakan-rakan. Cukup mudah dan cukup menyenangkan. 
  • Konsep Amway membantu manusia ke arah kehidupan yang lebih baik banyak memberi pengalaman untuk saya menjalani kehidupan saya. Saya percaya, kita tidak mampu untuk memberikan wang ringgit kepada mereka yang ingin kita bantu setiap hari. Tetapi jika kita memberikan perniagaan Amway dan membantu mereka cara untuk mencapai dan mendapatkan pendapatan, sudah tentu mereka boleh melakukkannya.
  • Amway mempunyai nilai-nilai tersendiri. Antaranya sentiasa berfikiran positif dan tidak mempunyai hasad dengki. Dalam dunia luar, banyak perkara negatif yang berlaku kepada kita. Jika kita ingin naik pangkat, sudah tentu banyak cara yang boleh kita lakukan. Bodek bos, tikam kawan lain, buat gosip dan sebagainya. Itu nilai di dunia luar. Dalam Amway, seramai mana orang yang kita bantu, lagi banyak pendapatan yang akan kita perolehi. 
5. BUANG MASA MEMBUAT JUALAN LANGSUNG
  • Dulu saya selalu kata buang karan je buat MLM ni. Sebab saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan MultiLevel Marketing atau bisnes Networking ini. Sekarang baru saya faham.
  • Perniagaan jualan langsung yang berasaskan Networking mengambil masa 3 - 5 tahun untuk kita membina perniagaan tersebut. Kita hanya perlu memberikan masa untuk diri kita membina asas-asas yang kukuh. Sudah kukuh, barulah kita boleh bersara awal dan kita boleh menikmati kehidupan kita dengan lebih baik. Jika anda inginkan penjelasan dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa.
6. DAH RAMAI ORANG MASUK DAH
  • Penduduk Malaysia mencecah hampir 26 juta orang dan untuk makluman anda semua, pengedar AMWAY yang serius membina perniagaan adalah seramai 300 ribu orang sahaja. Ramai ke yang dah masuk? Tidak capai 1% dari jumlah penduduk Malaysia. 
  • Sebenarnya kerja kita sudah cukup mudah. Ramai yang sudah mengetahui kehebatan dan produk Amway disebabkan orang-orang yang terdahulu sudah mempromosikannya. Tugas anda hanya membuka mulut dan memberitahu yang anda adalah Duta Amway. Pasti jika jenama diri anda hebat, anda pasti akan berjaya di dalam Amway.

No comments: