Sunday, 16 February 2014

AMWAY ADALAH KEHIDUPAN

Amway adalah kehidupan. Kehidupan ke arah kesempurnaan hidup. Kebanyakkan dari kita memandang Amway dengan pandangan yang berbeza. Ada yang berkata Amway adalah Networking, barangan Amway mahal, Amway dah lama, Amway itu dan Amway ini. Tetapi sedar atau tidak, melalui Amway sudah ramai yang berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Bagaimana dikatakan Amway adalah kehidupan? Banyak sebab dan faktor. Amway merupakan satu peluang perniagaan yang mampu dimiliki oleh semua orang dan ia menawarkan sehingga 10 jenis pendapatan. Antara pendapatan yang ditawarkan ialah perniagaan ini boleh diwariskan kepada ahli keluarga kita. Dan melalui perniagaan ini membolehkan kita membina asas perniagaan yang kukuh dan seterusnya memberikan kita pendapatan selagi mana pelanggan kita menggunakan barangan Amway di dalam rangkaian networking kita. 
Melalui Amway, ada satu pendapatan yang dinamakan royalti bonus sebanyak 4% di mana ia boleh diperolehi setelah anda membina orang sehingga mencapai tahap 21%. Tahap 21% ini merupakan maksimum bonus di dalam Amway. Di tahap ini anda boleh menjana pendapatan pasif selagi mana kumpulan yang anda bina berada di tahap ini. Royalti bonus ini merupakan pendapatan jangka panjang. Anda perlu membina orang ke arah kehidupan yan lebih baik. Sekiranya kehidupan orang yang kita bina itu berubah, maka Amway akan membayar hasil usaha kita membinanya sebagai royalti.

Sebagai contoh Tan Sri P. Ramlee membuat filem berpuluh tahun dahulu. Sewaktu membuat filem tersebut, hasil pendapatan yang diperolehi tiada. Beliau terpaksa mengeluarkan modal dahulu untuk membuat filem. Setelah filem siap, apabila ditayangkan barulah terhasil royalti. Selagi mana filem-filem beliau ditayangkan di televisyen, maka pendapatan royalti ini akan diperolehi. Begitu juga dengan Amway. Apabila kita membina kumpulan, hasilnya belum dapat. Tetapi ia akan mendapat pulangan yang lumayan setelah kumpulan tersebut kekal berada di tahap 21%.

Bagi mereka yang mempunyai impian yang besar dan belum tertunai lagi, Amway boleh menunaikan impian anda. Bagaimana? Dengan pekerjaan kita sekarang, bolehkan impian kita tercapai? Mustahil!! Persoalannya, adakah kita sanggup untuk berubah dan keluar dari zon selesa kita untuk mencapai impian kita? Amway kekal sehingga ke hari ini adalah disebabkan plan pemasarannya yang tidak pernah berubah sejak tahun 1959. 

Melalui plan pemasaran, anda membina rangkaian perniagaan anda. Dan mereka akan terus berkembang walaupun anda sudah berehat. Lagi besar rangkaian anda, lagi banyak pendapatan anda. Melalui pendapatan yang diberikan, segala impian anda boleh ditunaikan. Tugas kita mudah. Percaya akan Amway.